suria

Motosikal Terbabas, Warga AS Putus Kepala

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat putus kepala apabila motosikal berkuasa tingginya terbabas di Jalan Tun Razak menghala Hentian Pekeliling di sini, awal pagi Ahad.

Kejadian yang berlaku kira-kira 2 pagi itu menyebabkan Ernest Edward Chaves, 50, maut di tempat kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata nahas berlaku apabila motosikal mangsa jenis Harley Davidson dipandu laju dan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat minyak di pusat bandar dipercayai dalam perjalan pulang ke rumahnya di Bukit Damansara.

"Tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Amerika Syarikat, Damansara

Artikel Berikut

Artikel Lain