suria

Malaysia Bekerjasama Dengan Filipina Untuk Bebaskan Dua Tebusan - KPN

SUBANG JAYA: Pihak berkuasa Malaysia sedang bekerjasama dengan Filipina bagi memastikan keselamatan dan pembebasan dua rakyat Malaysia yang diculik di Sabah pada Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan kepada keluarga Bernard Then dan Thien Nyuk Fun bahawa pihaknya akan melakukan segala-galanya menggunakan kuasa mereka bagi memastikan keselamatan kedua-dua mangsa.

"Kita sedang bekerjasama dengan Filipina berhubung perkara ini.

"Penculik telah mengancam mangsa sejak awal tetapi kita berharap kita dapat bekerjasama dengan rakan sejawat kita di Filipina bagi membawa kedua-dua mereka pulang dengan selamat," kata Khalid kepada pemberita di sini, Sabtu.

Dilaporkan Then, 39, dan Thien, 50, ditahan oleh kumpulan pemberontak Abu Sayyaf.

Penculik mengancam untuk memenggal kepala tebusan dan ia boleh bertukar menjadi realiti sekiranya tiada usaha dilakukan untuk membebaskan kedua-dua tebusan itu.

Pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, turut diculik bersama dengan Then pada 14 Mei lalu dan kini masih dalam tahanan kumpulan tersebut.

Artikel Lain