suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaum Cina Tidak Patut Korbankan Kuasa Politik - Dr Wee

Dr Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina akan mengorbankan kuasa politik pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang sekiranya mereka terus memberi sokongan kepada pembangkang, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata Umno sebagai parti terbesar di Dewan Rakyat pada masa ini mungkin mengekalkan status tersebut selepas PRU akan datang.

Dengan menyokong DAP, masyakarakat Cina hanya akan melemahkan MCA dan seterusnya MCA akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kepentingan kaum itu di negara ini.

Dr Wee berkata demikian pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Pemuda MCA di sini, pagi Sabtu.

Pada PRU yang lalu, DAP memenangi 38 kerusi Parlimen manakala MCA hanya tujuh kerusi.

"Apa perbezaan telah dibuat DAP dari segi prestasi dan sumbangan kepada masyarakat selepas kemenangan besar?," soal Dr Wee.

Selain melaungkan slogan "ubah" untuk mengapi-apikan imaginasi dan meraih sokongan rakyat, Dr Wee berkata DAP terus menyemai politik kebencian.

"Kita perlu menasihatkan anak-anak muda supaya tidak taksub dengan DAP atau percaya Pakatan Harapan boleh membawa harapan kepad rakyat," katanya.

MCA, Dr Wee Ka Siong

Artikel Lain