Semua Pihak Perlu Bersikap Adil Dan Objektif Dalam Isu TPPA - Mustapa - Semasa | mStar

Semua Pihak Perlu Bersikap Adil Dan Objektif Dalam Isu TPPA - Mustapa

MELAKA: Semua pihak di negara ini diminta bersikap adil dan objektif dalam berdepan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) agar isu itu tidak memberi kesan buruk kepada negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat seharusnya memahami sedalamnya tentang TPPA sebelum membangkang dan membuat pertimbangan, bagi memastikan bangkangan dan pertimbangan itu adil.

"Kena tahu apa isunya, kita tidak pernah menyatakan bahawa semuanya (TPPA) sempurna...ada juga yang tidak baik, mungkin.

"Saya harap rakyat Malaysia berlaku adil, baca, tahu apa isi kandungan lepas itu buat pertimbangan, yang penting kita adil dan sanggup mendengar pandangan dari semua pihak," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2015 sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di sini.

Seramai 760 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka pada tahun ini dan sesi pertama hari ini menyaksikan seramai 35 penerima menerima anugerah masing-masing.

Pada isitiadat hari ini beliau menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Mustapa berkata kerajaan sedia mendengar pandangan pelbagai pihak bagi mencapai kata sepakat berhubung TPPA tetapi pandangan tersebut perlu melalui saluran yang betul.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan hanya akan membuat keputusan tentang TPPA setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan dan pandangan.

"Saya ucapkan terima kasih untuk semua pandangan yang telah diberikan berhubung TPPA ini termasuk pengkritik...sesuatu tindakan itu pasti ada baik dan buruknya, tetapi kalau baiknya lebih banyak dari buruk sudah pasti kita tidak harus berpaling ke belakang," katanya.

TPPA , Mustapa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain