suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Perlis Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-239

Tuanku Syed Sirajuddin (dua dari kiri) mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Rabu. Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-239 di Istana Negara di sini, Rabu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang diwakili Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim manakala Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam mesyuarat yang bermula 11 pagi itu, raja-raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing kecuali Kelantan yang diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir ke mesyuarat berkenaan dengan diiringi ketua menteri masing-masing.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Lain