suria

AirAsia X Patuhi Peraturan Kementerian Pengangkutan Indonesia

KUALA LUMPUR: AirAsia X Indonesia mengumumkan yang ia telah mematuhi keperluan peraturan Kementerian Pengangkutan Indonesia berkaitan pemilikan pesawat sebagaimana diwajibkan Undang-Undang Penerbangan No 1 Indonesia tahun 2009.

Peraturan itu memerlukan setiap syarikat penerbangan berjadual di republik berkenaan mempunyai minimum 10 pesawat, di mana lima daripadanya mesti dimiliki syarikat terbabit, kata AirAsia X Indonesia dalam satu kenyataan Rabu.

AirAsia X Indonesia pada 28 September lepas telah menambah lapan lagi pesawat, menjadikan jumlah pesawat kepada 10.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dendy Kurniawan berkata, syarikat penerbangan itu kekal komited kepada usaha mengembangkan lagi rangkaiannya bagi menyokong industri penerbangan dan pelancongan Indonesia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain