suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TPPA Dijangka Tidak Berkuatkuasa Dalam Tempoh Dua Tahun Akan Datang

Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik yang rundingannya baru sahaja dimuktamadkan dijangka tidak berkuat kuasa dalam tempoh dua tahun akan datang, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ketua Setiausaha MITI, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata teks perjanjian yang dipersetujui masih mempunyai beberapa peringkat sebelum pengesahan, yang termasuk paparan awam, pembentangan di Parlimen dan analisis manfaat kos.

"Setiap negara perlu kembali kepada negara masing-masing untuk mendapatkan kelulusan bagi penandatanganan dan seterusnya, pengesahan.

"Ia akan melalui proses yang panjang," katanya kepada pemberita di luar Forum Megatrend Khazanah 2015 di sini, Selasa.

Beliau berkata kementerian berkenaan turut menunggu teks penuh tiba dan sebaik sahaja semuanya tersedia, ia akan dipaparkan kepada umum secepat mungkin.

"Tidak ada apa-apa yang hendak kami sembunyikan. Apa yang penting adalah kita perlu memastikan ia memberi manfaat kepada Malaysia," katanya.

Beliau berkata keputusan untuk menandatangani atau mengesahkan perjanjian berkenaan terletak kepada Parlimen. - BERNAMA

TPPA

Artikel Lain