suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen BN Johor Disiasat SPRM

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Johor tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan salah guna kuasa.

Sumber SPRM memberitahu mStar Online, siasatan terhadap wakil rakyat bergelar Datuk itu dikatakan mempunyai kaitan dengan operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Ahli Parlimen itu tiba pagi ini ke SPRM untuk memberi keterangan, bukan ditahan," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Wakil rakyat yang juga ketua bahagian Umno itu turut diberi kepercayaan sebagai ahli lembaga pengarah GLC berkenaan.

Sehingga berita ini disiarkan, sumber berkenaan memaklumkan, ahli politik yang pernah menduduki kerusi pegawai seranta GLC berkenaan di bawah Jabatan Perdana Menteri masih berada di SPRM, Putrajaya.


 
SPRM, Umno, Barisan Nasional

Artikel Lain