suria

Dua Suspek Ditahan Selepas Video Tetak Wanita Jadi Viral

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan selepas satu rakaman video wanita ditetak mereka menjadi viral di Facebook.

Insiden tersebut yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang pada 1 Oktober lalu, di Taman PD Utama, Port Dickson menyaksikan dua lelaki menyerang seorang wanita dengan parang manakala seorang lagi wanita cuba meminta tolong.

Serangan terhadap wanita berusia dalam linkungan 20-an itu berlaku di luar kediamannya ketika dia pulang dari tempat kerja.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Port Dickson dengan beberapa kecederaan di kepala, tangan dan badannya.

Namun, polis berjaya menahan dua lelaki tersebut kira-kira setengah jam kemudian.

Seorang suspek yang ditahan adalah suami kepada wanita yang diserang itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata polis menahan dua lelaki yang berusia 24 dan 26 tahun itu di Plaza Tol Mambau selepas menerima maklumat daripada keluarga mangsa.

"Kami mengesan suspek dalam sebuah Perodua Myvi dan mengekori mereka sehingga ke Plaza Tol Mambau sehingga dua lelaki tersebut menyedari mereka diekori dan cuba untuk melarikan diri," kata Baharudin.


tetak, wanita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain