Najib Perjelas 1MDB Kepada Pemimpin Perniagaan AS - Salleh - Semasa | mStar

Najib Perjelas 1MDB Kepada Pemimpin Perniagaan AS - Salleh

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mengulas atau memberi penerangan tentang isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada pemimpin perniagaan AS adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Najib mengadakan pertemuan dengan mereka semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

"Semasa jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.

"Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar," katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my, di sini Isnin.

Najib turut memberitahu tetamu yang beliau yakin syarikat akan dapat melaksanakan proses rasionalisasi dengan pengurangan hutang besar-besaran, menjelang hujung tahun ini, kata Salleh.

Katanya Najib juga memaklumkan kepada pemimpin perniagaan bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi akan diumumkan pengurangan hutang 1MDB yang signifikan kepada RM16 bilion.

Namun, semua ini tidak dilapor oleh portal berita tempatan yang nampaknya mengelak untuk menyiarkan sebarang berita baik berhubung 1MDB, katanya. - BERNAMA

1MDB , Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia