suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapangan Terbang Kerteh Kembali Beroperasi

KEMAMAN: Lapangan Terbang Kerteh, Kemaman yang terpaksa ditutup kepada semua penerbangan semalam kembali dibuka sejak awal pagi tadi apabila jarak ketampakan bertambah baik.

Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur Zamri Mohamad berkata jarak ketampakan pada pukul 10 pagi tadi ialah 1,200 meter, sekali gus pelepasan serta pendaratan dapat dilakukan seperti biasa.

"Alhamdulillah, jarak ketampakan hari ini bertambah baik iaitu melebihi 1,000m berbanding semalam, dan operasi pertukaran kru luar pantai berjalan lancar hari ini.

"Pada pukul 3 petang ini, jarak ketampakan merosot sedikit kepada 1,100m, namun ianya masih berada dalam keadaan baik dan operasi dapat berjalan lancar," katanya pada Jumaat.

Zamri berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan itu dari semasa ke semasa dan sentiasa mematuhi nasihat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan ketetapan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Sejak Isnin lepas, sebanyak 11 penerbangan helikopter yang membawa kru luar pantai syarikat minyak dan gas di daerah berkenaan terjejas setiap hari membabitkan pertukaran lebih 300 orang.

Selain itu, operasi dua syarikat penerbangan komersial iaitu Malindo Air dan Firefly juga terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang di Kuantan dan Kuala Terengganu.

Pada Selasa dan Rabu lepas, hanya penerbangan bersyarat dibenarkan apabila jarak ketampakan berada pada 1,000m dan semalam operasi lapangan terbang tersebut ditutup kepada semua penerbangan setelah jarak ketampakan hanya 700m pada pukul 12 tengah hari.

Kerteh, Lapangan Terbang

Artikel Lain