suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zoo Negara Nafi Harimau Mati Ditembak

KUALA LUMPUR: Zoo Negara merasa kecewa dan menafikan bahawa seekor harimau belang jantan telah ditembak sehingga mati.

Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli berkata berita yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak patut dijadikan bahan jenaka.

"Dengan penyebaran berita palsu yang tersebar luas bermula Rabu, pihak kami telah dihujani pelbagai pertanyaan dan ketakutan dari pihak awam," katanya.

Beliau berkata Zoo Negara sentiasa memastikan kawasan dan persekitaran zoo sentiasa dalam keadaan selamat untuk orang ramai berkunjung.

Aplikasi itu menyebut kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi dan saksi ditempat kejadian mendakwa harimau berkenaan berkeliaran di kawasan zoo dalam keadaan lapar sebelum ia ditembak oleh pihak polis. - BERNAMA

Zoo Negara

Artikel Lain