suria

MCA Bahagian Pasir Gudang Akan Patuh Arahan Parti

Tan Cher Puk
JOHOR BAHRU: MCA Bahagian Pasir Gudang akan patuh kepada arahan parti dan mahu isu yang dibangkitkan oleh sayap Pemudanya dihentikan.

Ketuanya, Tan Cher Puk berkata, bahagian itu akan mematuhi nasihat yang diberikan oleh presiden parti mengenai perkara itu.

"Jangan kita bergaduh sesama sendiri. Ini adalah masa untuk mengukuhkan ekonomi dan menumpukan perhatian kepada tugas-tugas dan mengekalkan perpaduan," katanya kepada pemberita.

Cher Puk berkata bahagian itu mahukan kestabilan dan keamanan di negara ini.

"Niat sayap pemuda itu telah disampaikan kepada semua pihak termasuk bahagian dan pucuk pimpinan," katanya, sambil menambah negara menghadapi tempoh yang sukar berikutan kemelesatan ringgit dan iklim ekonomi yang mencabar.

Sayap Pemuda bahagian ini mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila ia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri berhubung sepanduk "Hapus SJKC" di perhimpunan baju merah di Kuala Lumpur.
MCA Pasir Gudang, Tan Cher Puk

Artikel Lain