suria

Kamalanathan Bantah Langkah Kurangkan Guru Bahasa Ibunda

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan akan merayu keputusan kementerian untuk menghentikan sementara pengambilan guru-guru bahasa ibunda (POL) bagi mengurangkan perbelanjaan.

Beliau berkata langkah penjimatan yang diambil oleh kementerian tidak seharusnya memberi kesan kepada pendidikan dan kurikulum pelajar.

"Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan untuk menghentikan pengambilan guru POL dan saya berharap mereka akan mengkaji semula," katanya pada sidang media di Seminar Program Susu 1Malaysia, di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai enam langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk mengurangkan kos termasuk menghentikan sementara pengambilan guru POL.

Selain itu pelajar juga akan dihadkan daripada mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.

Langkah penjimatan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Madinah Mohamad pada Selasa.

Artikel Lain