suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Boleh Hadapi 'Ribut' Ekonomi - Abdul Wahid

NEW YORK: Ekonomi dan mata wang Malaysia mengalami 'ribut' ekoran wujudnya aliran keluar dana daripada pasaran baharu muncul, kejatuhan harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi China, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Namun katanya kedudukan Malaysia lebih baik berbanding krisis kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1990an.

"Ramai orang bertanya sama ada Malaysia akan mengalami situasi yang sama pada tahun 1997, 1998.

"Keadaan sangat berbeza antara dulu dan sekarang. Keadaan sekarang lebih baik, fundamental negara begitu kukuh sekarang," katanya kepada Reuters ketika ditemui di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini.

Katanya lagi, ekonomi Malaysia terjejas kerana wujud pasaran baharu ketika berlakunya aliran keluar modal.

"Malaysia seolah-olah dilanda 'ribut'," katanya.

Bagaimanapun katanya, jika dilihat kepada data-data terkini ia memperlihatkan keadaan yang lebih baik.

Abdul Wahid Omar, Nilai Ringgit

Artikel Lain