suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Di Johor Ditutup Esok, Di Melaka Dibuka Seperti Biasa

PETALING JAYA: Semua sekolah di negeri Johor ditutup esok (Rabu) ekoran jerebu.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media pada Selasa berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

"Sehingga jam 4 petang hari ini, 29 September 2015 mendapati keadaan jerebu di negeri Johor masih tidak banyak berubah berbanding hari semalam.

"Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada 30 September 2015 (Rabu).

"Bagi negeri Melaka, semua sekolah hendaklah dibuka seperti biasa pada 30 September kerana keadaan jerebu di negeri ini telah bertambah baik," menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di Johor diarahkan memaklumkan perkara ini kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing dengan kadar segera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain