suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Sentiasa Sedia Bantu Indonesia Tangani Jerebu

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
KUALA LUMPUR: Malaysia lebih daripada bersedia untuk membantu Indonesia menangani isu jerebu, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menteri Pertahanan berkata walaupun masih belum menawarkan bantuan ke Indonesia secara rasmi, Malaysia lebih daripada bersedia untuk berbuat demikian.

"Kita bersedia untuk membantu. Saya sedang berusaha untuk berhubung dengan Singapura dan Indonesia untuk melihat bagaimana kita boleh terus bergerak dengan cara ini memandangkan ia adalah isu serantau yang memberi kesan kepada kita semua setiap tahun," katanya dalam sidang media di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Selasa.

Hishammuddin berkata beliau sendiri telah terjejas akibat jerebu.

"Saya juga menderita kerana saya menghidap asma," katanya.

Sekolah di beberapa negeri telah ditutup pada Isnin dan Selasa akibat jerebu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat.

Pada 15 September, sekolah-sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka telah ditutup selepas bacaan IPU di beberapa kawasan meningkat kepada hampir 200.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Jerebu di Malaysia adalah disebabkan oleh pembakaran dan hutan terbuka di Indonesia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain