suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu: MRSM Beroperasi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) beroperasi seperti biasa namun tiada aktiviti luar bilik darjah berikutan keadaan jerebu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata memandangkan MRSM melaksanakan Pendidikan Secara Asrama Penuh Berstruktur, maka persekolahan di semua MRSM beroperasi seperti biasa.

"Pada masa ini, pelajar MRSM sedang giat mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, para pelajar tidak dibenar menjalankan kegiatan di luar bilik darjah," katanya di dalam kenyataan di sini.

Ismail Sabri berkata pengurusan MRSM sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar, selain membekalkan topeng muka kepada mereka serta menggalakkan mereka minum lebih banyak air.

MRSM, Jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Lain