suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MTUC Cadang Pekerja Terjejas Akibat Jerebu Diberi Cuti Tanpa Rekod

Pemandangan sekitar Kuala Lumpur dari Taman Tasik Perdana kelihatan terbatas akibat jerebu pada Ahad. Foto Bernama

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa majikan di dalam sektor swasta untuk menimbangkan pemberian cuti tanpa rekod kepada pekerja mereka yang terjejas akibat jerebu sehingga kualiti udara pulih kembali.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, A. Balasubramaniam berkata, ini adalah satu cara untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi pekerja berikutan cuaca berjerebu yang semakin buruk.

"Majikan di sektor swasta perlu berlembut untuk memberikan cuti tanpa rekod untuk pekerja mereka apabila keadaan jerebu semakin buruk. Majikan juga sepatutnya memberikan topeng muka percuma untuk pekerja mereka yang terjejas disebabkan jerebu dan memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti luar," katanya kepada Bernama.

Balasubramaniam berkata, walaupun kebanyakan pekerja sektor swasta bergantung kepada ihsan majikan mereka untuk mendapat cuti tanpa rekod, ia menjadi tanggungjawab sosial majikan untuk menjaga kebajikan pekerja mereka dan menyediakan bantuan yang diperlukan, termasuk cuti tanpa rekod semasa cuaca berjerebu. 

"Kami berharap majikan tidak akan mengambil tindakan yang drastik terhadap pekerja yang tidak dapat datang bekerja semasa tempoh kritikal ini," katanya.

Dalam isu lain, Balasubramaniam menggesa kerajaan untuk mendidik orang awam mengenai kesan pembakaran terbuka secara haram kerana ia akan menjejaskan kesihatan  pekerja jika tidak dipantau.     

Beliau berkata, kesatuan pekerja juga mengenal pasti pembakaran terbuka di tapak pembinaan dan kawasan industri juga memberi kesan kepada kesihatan pekerja selain daripada menyumbang kepada masalah alam sekitar seperti jerebu. - Bernama

MTUC, jerebu

Artikel Lain