suria

20 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 7 Malam Ahad

Seorang lelaki berbasikal dalam keadaan jerebu di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam Ahad, dengan Shah Alam di Selangor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 177. 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang turut mencatatkan tahap tidak sihat ialah Batu Muda (174), Pelabuhan Klang (173), Sri Aman (166), Petaling Jaya (161), Putrajaya (159), Banting (150), Cheras (149), Tanjung Malim (143) dan Kuala Selangor (141).

Sepuluh kawasan lain ialah Samarahan (140), Seremban (130), Kuching (122), Seri Manjung (117), SK Jalan Pegoh, Ipoh dan Jerantut (masing-masing 144), Port Dickson (112), Bukit Rambai (107), Bandaraya Melaka (106) dan Nilai (102).

Sementara itu, sebanyak 22 kawasan mencatatkan IPU sederhana dengan Tawau merekodkan bacaan tertinggi iaitu 86 diikuti Sarikei (83) dan Pasir Gudang (80).

Lima kawasan di utara semenanjung pula mencatatkan IPU baik dengan dengan Kangar mencatatkan IPU paling rendah (21), Alor Setar (26), Langkawi (30), Perai (39) dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (44) dan Tanah Merah (42).   

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU, jerebu

Artikel Lain