suria

Ancaman Pengganas Jalan Alor: Polis KL Jamin Keselamatan

KUALA LUMPUR: Polis pada Khamis memberi jaminan bahawa keselamatan di ibu kota adalah terkawal di sebalik nasihat perjalanan oleh Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini kononnya terdapat ancaman pengganas di lokasi tertentu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata demikian sebagai mengulas nasihat perjalanan kedua-dua negara itu bagi rakyat masing-masing supaya mengelakkan Jalan Alor, Bukit Bintang di sini kerana serangan pengganas boleh berlaku.

"Apa jua bentuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat yang berkaitan dengan ancaman keselamatan negara, polis ambil serius dan tidak memandang ringan," katanya ketika dihubungi Bernama, malam Khamis.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat perkara ini dan akan berjumpa dengan pihak Kedutaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jalan Alor

Artikel Sebelum

Artikel Lain