suria

Saifuddin Tidak Patut Hadiri Mesyuarat Pembangkang - Khairy

Khairy Jamaluddin.

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tidak sepatutnya menghadiri mesyuarat meja bulat yang diadakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membincangkan penubuhan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kehadiran Saifuddin pada majlis yang diadakan untuk membincangkan arah tuju politik pembangkang adalah tidak sesuai.

Beliau sepatutnya tidak berada di sana, kata Khairy.

Khairy berkata setakat yang beliau tahu, tindakan Saifuddin telah melanggar tatatertib parti.

"Ya, kita boleh mengambil bahagian dalam perdebatan, kita boleh terlibat dalam forum yang disertai pemimpin pembangkang. Kita boleh bekerjasama dengan mereka di Parlimen dan kerajaan negeri.

"Namun, adalah tidak sesuai untuk hadir program parti politik bagi membincangkan masa depan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival SCORE FitMob di Kolej Universiti KDU Kampus Utropolis Glenmarie di sini.

Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Movement of Moderates (GMM), menghadiri mesyuarat tersebut atas kapasiti sebagai Pengerusi Akademi Belia.

Beliau turut menerima surat tunjuk sebab daripada Umno.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bersatu Demi Islam, Ummah - Najib

Artikel Lain