suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tunggu Masa Sesuai Ambil Keterangan Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu masa yang sesuai untuk memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan kenyataannya berhubung kehadiran beliau pada perhimpunan Bersih 4, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan terperinci akan mengambil sedikit masa dan mereka akan memanggil Dr Mahathir apabila tiba masanya nanti.

"Marilah kita jalankan siasatan dengan betul," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Rabu.

Awal bulan ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Dr Mahathir dan beberapa ahli politik termasuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Dr Mahathir memberitahu beliau sedia bekerjasama dengan polis sekiranya dipanggil untuk siasatan berhubung kenyataan yang dibuat pada perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos itu.