suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Md Yunos Nafi Cuba Rogol Artis

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menafikan dakwaan dia memberi dadah dan cuba merogol seorang pelakon wanita.

"Saya buat laporan polis hari ini mengenai fitnah dan tohmahan di media sosial.

"Saya lihat semakin keterlaluan. Jadi hari ini saya bersama peguam, dah berbincang beberapa hari yang lepas untuk ambil tindakan pada mereka yang tak bertanggungjawab," katanya.

Beliau ditemui pemberita di Balai Polis Ampang Jaya di sini, Rabu.

Selain itu Jamal mengutuk pihak yang mengaitkan beliau dengan pelakon itu.

"Saya lihat itu bukan kenyataan dari artis itu. Saya kenal ramai artis termasuk Datuk Siti Nurhaliza sebab saya seorang ahli perniagaan dan mempunyai sebuah syarikat hiburan...artis pun ramai kenal saya.

"Itu adalah kenyataan daripada orang lain yang mengaitkan saya. Saya sudah semak tidak ada kenyataan daripada artis tersebut.

"Saya ada isteri dan keluarga. Kami hidup bahagia tetapi mungkin ada yang cemburu maka fitnah seperti itu direka dan disebarkan," katanya.

Menurut Jamal beliau membuat 17 laporan kepada polis berhubung pelbagai tuduhan terhadapnya.

Antara tuduhan yang dinafikan Jamal ialah didakwa menerima RM3 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menganjurkan perhimpunan 'baju merah', mengugut untuk meludah dan melangkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kenyataan larangan terhadap kaum Cina daripada memasuki restoran dan hotel miliknya.

Jamal Md Yunos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain