suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribut Petir Dijangka Berterusan Sehingga Lewat Malam Ini

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ribut petir yang berlaku di perairan Pahang, Phuket, Condore, Reef North, Layang-layang dan Sulu dijangka berterusan sehingga lewat malam Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga mencapai kelajuan 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter.

Menurut kenyataan itu lagi, keadaan itu adalah berbahaya kepada bot kecil.

Selain itu, angin kencang barat daya dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu bermula Khamis berterusan sehingga Isnin ini.

"Angin kencang itu dijangka melanda pada kelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter," kata kenyataan itu.

Katanya, situasi angin kencang dan laut bergelora ini amat berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi, dan sukan laut.
ribut petir, Jabatan Meteorologi

Artikel Sebelum

Artikel Lain