suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid Adakan Pertemuan Tertutup Dengan Umno N.Sembilan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan Umno Negeri Sembilan sebelum menyertai majlis beramah mesra dengan 800 pemimpin bahagian di Hotel Klana Resort di sini, malam Selasa.

Ketibaan Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, pada pukul 8.35 malam itu disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta timbalannya, Datuk Seri Hasan Malek.

Hadir sama, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Sebaik tiba, Ahmad Zahid menghadiri perjumpaan tertutup selama 30 minit  dengan kepimpinan Umno negeri.

Perjumpaan tersebut disusuli dengan majlis beramah mesra dan jamuan malam bersama ahli jawatankuasa Umno bahagian dari seluruh negeri itu.

Artikel Lain