suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengedar Maut Dipercayai Berebut Kawasan Edar Dadah

KLUANG: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat berebut kawasan mengedar dadah dengan anggota kumpulan pengedar lain di Kampung AC, Layang-Layang dekat sini Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Ahmad Zamry Marinsah berkata lelaki berumur 44 tahun itu ditemui terbaring di tepi jalan pada pukul 8.30 pagi dan meninggal dunia sejurus dibawa ke Klinik Kesihatan Layang-Layang.

"Bedah siasat terhadap mangsa yang masih bujang itu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan objek keras dan tumpul," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihak polis kemudiannya menahan dua individu yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu di kampung tersebut dan di sebuah kampung berhampiran.

Pihak polis kini sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan, katanya.

Ahmad Zamry menafikan kes tersebut melibatkan pergaduhan antara kaum seperti yang disebarkan melalui media sosial tetapi melibatkan dua kumpulan yang berebut kawasan mengedar dadah. - BERNAMA

dadah, maut

Artikel Berikut

Artikel Lain