suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MKN Kenal Pasti Sistem Pembinaan Tembok Sempadan Malaysia-Thailand - TPM

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkaji dan mengenal pasti sistem sesuai untuk digunakan bagi pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand bagi meningkatkan pengawasan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sebanyak 15 cadangan telah dikemukakan yang terdiri daripada dua kaedah iaitu pembinaan tembok fizikal dan penggunaan teknologi pemantauan melalui drone, satelit, dan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi.

"Perkara ini belum diputuskan lagi oleh pihak kerajaan kerana ia melibatkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

"Kita serahkan kepada MKN untuk menentukan apakah sistem yang akan diguna pakai untuk menentukan tidak berlakunya pemerdagangan manusia, (penyeludupan) senjata dan dadah antara Malaysia-Thailand," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan peserta Asean Ride di sini, Selasa.

Semalam, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata Malaysia dan Thailand setuju membina tembok atau benteng sempadan dengan  kos pembinaan dan penyelenggaraannya dibiayai secara bersama.

Zulkifeli berkata pembinaan tembok yang dijangka bermula tahun depan akan dibina atas garis sempadan kedua-dua negara dan beberapa lokasi sepanjang sempadan sudah dikenal pasti.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain