suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanah Tak Berniat Hancurkan PAS - Mujahid

Mujahid (empat dari kanan) bersama jawatankuasa penaja Amanah Pulau Pinang pada majlis pelancarannya, Selasa.

GEORGE TOWN: Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) sama sekali tidak bermatlamat untuk menghancurkan PAS, kata Pengerusi Penaja Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, tiada niat untuk memusnahkan PAS, tetapi untuk membentuk landskap politik baharu di mana PAS telah kehilangan momentum.

"Kami sentiasa gentlemen dan memastikan ia (Amanah) tidak memberi kesan kepada PAS.

"Kami hanya menggunakan hak untuk membentuk parti yang kami inginkan," katanya selepas melancarkan jawatankuasa penaja Amanah negeri itu di Hotel Seri Malaysia, Bayan Lepas pada Selasa.

Beliau juga berharap Amanah akan mendapat sokongan PAS pada masa depan.

Amanah, PAS, Mujahid Yusof Rawa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain