suria

Sebarkan Sayang, Bukan Kebencian Di Media Sosial

Sebahagian selebriti yang turut serta menerusi kempen dengan hashtag #inimalaysiakita.

PETALING JAYA: Kempen menyebarkan rasa sayang dan sikap positif menerusi media sosial bagi menonjolkan identiti sebenar warga Malaysia akan berlangsung 16 September ini.

Penerbit dan pengacara televisyen, Rina Omar yang mencetuskan idea untuk mengadakan kempen ini berkata, beliau terpanggil untuk berkongsi gambar dan cerima masyarakat  mengenai keluarga dan rakan dengan hashtag #inimalaysiakita.

"Kebanyakan isu yang dikongsi biasanya tidak sensitif.

"Malahan, banyak juga ucapan berunsur kebencian dan ia membuatkan saya marah, tetapi saya terfikir kenapa perlu melepaskan perasaan marah itu apabila ada pelbagai perkara yang boleh diraikan?" kata Rina pada Ahad.

Turut hadir sama kenalan kepada Rina, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengerusi Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah, penyampai radio Shazmin Shamsuddin, ahli farmasi Syed Azmi Alhabshi, penyanyi Peter Ong, penyanyi dan pelakon Chelsia Ng, Mike Manicka Raj dan penyanyi Elvira Arul.

Rina yang membesar dalam keluarga pelbagai bangsa berkata, hashtag itu bertujuan untuk menyebarkan aura positif dan menyekat unsur negatif didalam media sosial".

Walaupun tidak mengutuk perhimpunan baju merah pada 16 September ini, tetapi penganjurannya tetap menimbulkan kebimbangannya.

"Ianya membentuk ketakutan dan pecah-belah antara kaum. Ini tidak betul. Kita tidak pernah mengalami masalah ini dan perhimpunan itu menjadikan keadaan bertambah teruk.Saya sedih dengan apa yang berlaku."

Sementara itu, Saifuddin berkata, terdapat keperluan untuk menuntut semula kisah Malaysia yang sebenar kerana ada ramai yang cenderung untuk merampasnya dan menerapkan kebencian.

"Ini tidak menggambarkan Malaysia yang sebenar. Malaysia dikenali dengan perpaduan, masyarakat yang berbilang bangsa hidup aman damai bersama dan hormat antara satu sama yang lain," kata beliau.

Selain itu, Ng berkata, beliau akan turut terlibat dengan kempen itu untuk menyebarkan rasa sayang dan kegembiraan serta peribadi sebagai warga Malaysia sebenar.

Ong pula berpendapat, masyarakat sepatutnya diingatkan bahawa banyak benda yang dilakukan untuk mereka.

"Saya mahu warga Malaysia rasa apa yang kami lakukan ini adalah untuk kebaikan bersama sebagai warga Malaysia," katanya.

Bagi Elvira yang membesar di kampung berkata, beliau tidak pernah tahu apa itu makna perpecahan.

"Kami tidak pernah melihat perbezaan pada diri, malah tidak pernah rasa terasing," kata beliau.

Rina Omar, #inimalaysiakita

Artikel Lain