suria

Pembangunan Tidak Terkawal Punca Banjir Kilat - Gerakan Pulau Pinang

Banjir kilat melanda sekitar Paya Terubong akibat pembangunan di kawasan bukit berhampiran.

GEORGE TOWN: Banjir kilat melanda sekitar kawasan rendah di pulau itu terutamanya di Air Itam dan Paya Terubong disebabkan pembangunan tidak terkawal di kawasan tanah tinggi, kata Setiausaha Gerakan Negeri, Oh Tong Keong.

"Paya Terubong banjir selepas hujan lebat lebih setengah jam dan ini disebabkan kerja pembersihan bukit di sekitar Air Itam. Kerajaan negeri telah memberi kebebasan kepada pemaju untuk melaksanakan projek di kawasan bukit.

"Situasi di kawasan itu sangat teruk sekarang menyebabkan kami tidak tahu jika pemaju sebenar kerana kerajaan negeri gagal mengambil tindakan kepada sesiapa walaupun media tempatan melaporkan mengenai kawasan bukit yang semakin gondol akibat pembangunan," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Gambar sekitar Paya Terubong yang ditakungi air itu telah tersebar sejak hujan lebat pada Sabtu dimana portal berita itu mendakwa bukit dan pembangunan kondominium baru antara penyebab banjir itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yew berkata, banjir yang berlaku disebabkan oleh kerja-kerja yang dijalankan pemaju yang terlibat dalam projek bangunan tinggi di kawasan itu.

"Akibatnya parit tersumbat dan ini menyebabkan air melimpah ke jalan semasa hujan lebat. Pemaju telah menghantar pekerja untuk membersihkan parit, sekali gus membolehkan air surut dalam setengah jam," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain