suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DBKL Beri Lampu Hijau Adakan Himpunan Di Padang Merbok

Padang Merbok di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan lampu hijau kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 16 September ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pertubuhan itu telah membuat permohonan untuk menggunakan Padang Merbok bagi mengadakan Himpunan Rakyat Bersatu.

"Kita meluluskan untuk Padang Merbok sahaja," katanya kepada The Star Online.

Beliau turut memberitahu bahawa penganjur Bersih 4.0 sebelum ini telah ditawarkan lokasi yang samabagi perhimpunan pada akhir Ogos lalu.

Pada Sabtu lalu, hanya satu perhimpunan yang disahkan akan diadakan pada 16 September ini, anjuran Pesaka.

Bagaimanapun, mereka yang menyertai perhimpunan ini bebas untuk memakai sebarang warna baju tanpa terhad kepada merah atau hitam, warna yang dipakai oleh anggota Pesaka.

Penganjur kepada perhimpunan 'baju merah' telah bersetuju untuk mengikuti Pesaka yang mengetuai perhimpunan di Padang Merbok.

Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mahu perhimpunan tersebut diadakan secara aman sebagai solidariti rakyat Malaysia dalam mempertahankan perpaduan, pemimpin negara dan prinsip Rukun Negara.

Pesaka, DBKL, baju merah, Padang Merbok

Artikel Lain