suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Komited Tingkat Integriti Institusi - Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk meningkatkan integriti institusi bagi mengekalkan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap ekonomi negara. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus membantu menyelesaikan siasatan berhubung pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Beliau turut memberi jaminan isu 1MDB akan terus ditangani dengan pendekatan yang telus serta mesra pasaran. 

"Sebagai contoh, pelupusan kepentingan 1MDB dalam syarikat Edra Global Energy dilaksanakan menerusi proses bidaan terbuka. Ia kini dalam peringkat akhir dan semua tawaran (bidaan) yang diterima termasuk dari luar negara itu mencerminkan nilai pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan langkah-langkah proaktif ekonomi di sini,Isnin. 

Menurut Perdana Menteri, pendekatan sama turut digunapakai dalam projek pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB.

1MDB, Najib Tun Razak, Integriti

Artikel Lain