suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Dengan Kesan Tetak Di Temui Tepi Lebuh Raya

BUKIT KAYU HITAM: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badannya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan menghala Bukit Kayu Hitam berhampiran Kampung Padang Satu di sini, Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 40-an dengan kesan tetak di dahi, belakang kepala dan kedua-dua tangan ditemui hasil maklumat orang awam kira-kira 9.30 pagi Ahad.

"Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. Tetapi kita menjumpai sebuah telefon bimbit dan sedang menjalankan siasatan," katanya.

Mayat lelaki itu menurutnya, telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh.

Bukit Kayu Hitam, Mayat

Artikel Lain