suria

Tiga Maut, Dua Parah Kereta Terjunam Gaung

PAPAR: Tiga terbunuh termasuk seorang wanita sarat mengandung manakala dua lagi parah selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung berhampiran pejabat Taman Banjaran Crocker, di Kilometer 40 Jalan Keningau-Kimanis di sini, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Papar DSP George Abd Rakman berkata nahas pukul 5.45 petang meragut nyawa Norma Husin, 50, Norliza Mustafa, 24, dan Emiriza Esanan, 2, yang maut di tempat kejadian ekoran cedera parah di kepala.

Katanya, mereka yang cedera parah adalah Arianah Kinsuan, 24, dan Saidah Mustafa, 26, masing-masing patah tangan kanan dan patah kaki kanan.

"Dua lagi hanya cedera ringan termasuk pemandu kereta berkenaan iaitu Esanan Kinsuan, 31 tahun. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Papar untuk mendapat rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Berjaya, Bukit Garam Sandakan itu menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza yang sedang dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Kota Kinabalu.

"Mereka menggunakan jalan Kimanis-Keningau dan apabila mangsa sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter," katanya.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari lokasi kemalangan yang mengorbankan lima sekeluarga selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas pada 21 Ogos lalu.

Papar, Gaung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain