suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Nafi Ada Kaitan Dengan Altantuya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) mengetuai laungan 'Hidup Umno' ketika menyampaikan ucapan amanat pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, Sabtu.

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tuduhan yang mengaitkan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu dilihat seolah-olah adanya konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan Malaysia.

Bercakap ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Pekan, beliau berkata, media antarabangsa yang turut terbabit dalam perancangan itu mempunyai maklumat melibatkan negara ini.

Najib juga berulang kali menyatakan dia tidak pernah bertemu Altantuya.

"Tidak ada gambar, tidak ada bukti, tidak ada SMS dan ia timbul lagi," katanya pada Sabtu.

Najib juga menambah, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan meletak jawatan jika terlibat dalam kes kematian Altantuya pada 2006.

"Kes ini telah lama tenggelam dan kini ia timbul semula," kata Najib.

Beliau turut mengaitkan situasi itu dengan tindakan menjatuhkan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein berasaskan dakwaan beliau memiliki senjata pemusnah.

"Lihatlah bagaimana Iraq sekarang. Mereka tidak ada bukti tetapi masih menceroboh negara itu. Kini pihak Amerika menyesal dengan tindakan mereka dan Bush sudah tidak dapat diterima lagi," katanya.

Pada Khamis, Al Jazeera melaporkan dakwaan mengenai hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya dan dua individu yang disabitkan kesalahan membunuh model itu mempunyai kaitan dengan Najib.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain