suria

Pekerja Hotel Ditahan Dipercayai Tanam Pokok Ganja

JOHOR BARU: Dua pekerja hotel ditahan di pangsapuri Bukit Saujana di sini semalam kerana disyaki menanam pokok ganja.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner  Sulaiman Salleh berkata, pihaknya menemui pasu kecil yang mengandungi 14 batang anak pokok yang disyaki pokok ganja di pangsapuri tersebut.

"Turut ditemui dari pangsapuri yang didiami seorang lelaki berumur 29 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun itu ialah 14 biji benih yang disyaki ganja dan paket yang di dalamnya terdapat tumbuhan kering disyaki ganja.

"Ketika serbuan, mereka enggan membuka pintu, lalu pihak polis terpaksa memecahkan pintu tersebut," katanya.

Beliau berkata turut dirampas ialah empat ketul mampat yang dipercayai ganja serta alat penimbang.

Mereka didakwa kerana memiliki dan mengedar ganja, katanya.-- Bernama


ganja, Bukit Saujana

Artikel Sebelum

Artikel Lain