suria

UPSR Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR: Seramai 455,929 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula Selasa walaupun sebahagian kecil daripada mereka terpaksa memakai topeng muka susulan jerebu.

Mereka menduduki peperiksaan itu di 8,134 pusat peperiksaan di seluruh negara yang dikendalikan 49,655 petugas peperiksaan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Nilai, Bukit Rambai, Port Diskson, Batu Muda di Kuala Lumpur, Seremban, bandaraya Melaka dan Banting mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi tadi akibat jerebu susulan pembakaran hutan di negara jiran.

UPSR itu meliputi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Ramai yang memerhati tahap keselamatan kertas peperiksaan UPSR kali ini memandangkan terdapat kebocoran bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Tamil pada UPSR tahun lepas sehinggakan calon terpaksa mengambil semula kertas-kertas tersebut.
UPSR, kertas bocor, jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jerebu: Indonesia Mohon Maaf

Artikel Lain