suria

Kamal Hisham Mengaku Tidak Bersalah Enam Pertuduhan Salah Guna Kuasa

JOHOR BAHARU: Peguam kontroversi Kamal Hisham Jaafar mengaku tidak bersalah di mahakamah Sesyen di sini pada Selasa atas enam tuduhan menyalahguna kedudukan selaku pengarah syarikat berhubung penyewaan ruang niaga di JB Sentral antara 2009 dan 2011.

Kesalahan itu dikata dilakukan ketika beliau pengarah Southern Ads.

Peguam berusia 45 tahun itu mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan dan dua tuduhan alternatif di bawah Akta Syarikat 1965.

Hakim Azura Alwi menetapkan Khamis (10 Sept) untuk mendengar affidavit jawapan daripada pihak pembela mengenai jaminan.

Terdahulu, sebuah panel peguam mewakili Kamal Hisham, terdiri daripada Mohd Ashram Zakaria, Muhammad Abd Kabir dan Hazza Khalid, memohon jaminan bagi pihak anak guam mereka, tetapi dibantah oleh pihak pendakwaan atas alasan Kamal Hisham pernah lari dari negara ini sebelum ini.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya dari Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia, Ku Hayati Ku Haron, dan ketua Unit Pendakwaan Johor Saiful Edris Zainuddin.

Kamal Hisham, Peguam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain