suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Protes Ke Atas Najib, Adun Teja & Dua Ahli PKR Didakwa

Chang Lih Kang
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja Chang Lih Kang dan dua ahli PKR didakwa bersama di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa mengikut Seksyen 4 (2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam protes jalanan, antara lain menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Lih Kang, 35, Rozan Azen Mat Rasip, 38, dan Lee Chean Chung, 34, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan.

Ikat jamin RM500 ditetapkan untuk setiap seorang sementara menunggu sebutan semula kes pada 16 Oktober.

Adun Teja, Chang Lih Kang

Artikel Lain