suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Timbalan Pendakwa Raya Hilang Sejak Jumaat Lepas

Anthony Kevin Morais yang kini bertugas di Pejabat Peguam Negara hilang sejak Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR: Pihak polis telah menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada pukul 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.

"Buat masa sekarang, saya hanya boleh mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes terbabit. Jika ada apa-apa perkembangan, pihak kami akan memberitahu (pemberita) kelak," katanya kepada Bernama, Ahad.

Sementara itu, Richard enggan mengulas mengenai kehilangan adiknya.

"Saya tak nak komen apa-apa, kita serahkan semuanya kepada polis untuk membuat siasatan," katanya.

Dilaporkan bahawa kali terakhir bekas timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dilihat ialah semasa meninggalkan kediamannya di Menara Duta di sini pada pukul 9 pagi pada Jumaat untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu sendiri kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan numbor pendaftaran WA6264Q.-- Bernama


Artikel Lain