suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin Disambut Penyokong Dengan Baju "I Am Not A Yes Man"

SEPANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut oleh kumpulan penyokongnya yang memakai kemeja-T "I am not a yes man" ketika pulang daripada lawatan ke Australia selama minggu pada Rabu.

Kumpulan penyokong tersebut berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seawal pukul 7.30 pagi bagi menyambut kepulangan timbalan presiden Umno yang digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai lalu.

Petikan "I am not a yes man" merujuk kepada kenyataan  Muhyiddin berikutan pandangan beliau terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara penyokong yang berkumpul di lapangan terbang itu ialah abang Muhyiddin, Tan Sri Abdul Aziz Yassin.

Orang ramai turut bersorak apabila Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman muncul di kawasan ketibaan KLIA.

Mereka kemudian memeluk dan berjabat tangan dengan Muhyiddin, selain bergambar.

KLIA, 1MDB

Artikel Berikut

Gempa Bumi Di Lautan Sulawesi

Artikel Lain