suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pegawai Peguam Negara Dijangka Cabar Perintah Pemberhentian

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Jabatan Peguam Negara yang menyertai pasukan petugas khas sebelum ini, Jessica Gurmeet Kaur dijangka memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar perintah menamatkan perkhidmatannya.

Kaur, yang merupakan warga Singapura juga dijangka menfailkan semakan kehakiman untuk mencabar pembatalan tarafnya sebagai penduduk tetap.

Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dipecat dari Jabatan Peguam Negara pada minggu lalu.

Difahamkan pada 1 Ogos lalu, Kaur dan bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh ditahan bagi membantu siasatan berhubung kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataan mereka direkodkan.



Jessica Gurmeet Kaur

Artikel Lain