suria

Tiada Tanda 'Dalang' Mahu Guling Kerajaan Jumpa PM

Najib tiba di kediaman Duta itu pada kira-kira pukul 7.50 malam selepas merasmikan mesyuarat Bahagian Gerik Umno, Ahad.

KUALA LUMPUR: Tidak ada apa-apa tanda pelawat di kediaman peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta pada petang Ahad.

Perdana Menteri tiba di kediaman beliau di Jalan Duta itu  kira-kira pukul 7.50 malam Ahad selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gerik.

Pihak media diberitahu bahawa tiada pelawat dijangka sepanjang malam ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin Umno yang dikatakan telah merancang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Najib petang ini.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan menjadi sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Pemimpin Umno

Artikel Lain