suria

Pelaksanaan JKNMPP Perlu Libatkan Pembangkang - Hishammuddin

Hishammuddin Hussein

TEMERLOH: Penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) perlu dilaksanakan tanpa memilih bulu dan bukan hanya melibatkan Umno dan pemimpin parti sahaja.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebaliknya pembangkang juga harus turut serta agar semua pihak dapat memastikan ketelusan dana yang diperoleh setiap parti politik di negara ini.

"Ini mesti dilakukan tanpa pilih bulu, kita tidak boleh hipkokrit dalam hal ini, hanya tertumpu kepada Umno dan kepimpinan Umno sahaja.

"Kita pun nak tahu bagaimana pihak pembangkang mendapat pembiayaan dana kerana dalam dunia ini tidak ada parti yang tidak memerlukan pembiayaan untuk bergerak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Kuala Krau di sini, Ahad.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Kuala Krau merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said serta barisan kepimpinan Umno bahagian serta sayap parti.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintergriti yang komprehensif dan insklusif.

Menurut Hishammuddin, langkah penubuhan jawatankuasa itu juga merupakan satu langkah ke hadapan dalam mematangkan lagi politik di negara ini.-- Bernama


Hishammuddin Hussein, Umno, JKNMPP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain