suria

Abu Kassim Jamin Terus Siasat SRC International

Abu Kassim ketika dibenarkan pulang selepas menjalani pembedahan sakit belakang di sebuah hospital di Petaling Jaya, Sabtu.

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed memberi jaminan akan meneruskan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd (SRC) selagi beliau menerajui agensi berkenaan.

Ditemui media selepas dibenarkan pulang dari mendapatkan rawatan perubatan di sini, Abu Kassim berkata, SPRM komited  untuk melengkapkan siasatan kes itu.

"SPRM  akan meneruskan siasatan terhadap SRC dan ia akan dibuat seperti mana kes lain yang dikendalikan SPRM," katanya seperti dilaporkan menerusi Buletik TV3, Sabtu.

Abu Kassim menjalani pembedahan untuk merawat masalah sakit belakangnya pada 7 Ogos lalu.

Sepanjang tempoh bercuti untuk tempoh dua bulan lagi, SPRM diketuai Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mustafar Ali.

SRC dituduh memindahkan wang RM42 juta ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Najib juga didakwa menerima kira-kira M2.6 bilion "derma" daripada penyumbang dari Timur Tengah.


Abu Kassim Mohamed, SPRM, SRC

Artikel Lain