suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Marin Lemas Jatuh Sungai

MERSING: Seorang polis marin mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai dekat jeti Tanjung Gemok di sini.

Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Leftenan Komander Amiludin Yenggah berkata, rakan setugas mangsa melaporkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi Jumaat.

Mangsa berusia 40 tahun yang bertugas dengan ibu pejabat polis marin Tampoi ditemui pada kira-kira pukul 11.52 pagi.

"Mangsa terjatuh ke sungai semasa dia mengecat bahagian luar sebuah bot," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.


Artikel Lain