suria

Wanita Parah Kereta Terjunam

Anggota bomba dan penyelamat memerhatikan keadaan sebuah kereta jenis Myvi yang remuk selepas terjatuh dari kawasan parkir tingkat 3 Pangsapuri Taman Pekaka, Sungai Dua pada Jumaat. Foto Bernama

GEORGE TOWN: Seorang wanita cedera parah apabila keretanya terjunam dari aras tiga tempat letak kenderaan di bangunan pangsapuri Taman Pekaka dekat sini.

Difahamkan, wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu menetap di situ.

Sumber berkata, kenderaan yang dipandu wanita berkenaan tiba-tiba hilang kawalan ketika meninggalkan ruang letak keretanya.

"Kereta itu melanggar tembok di aras tiga sebelum terjunam dan hentakan kuat itu menyebabkan wanita itu hanya separuh sedar ketika anggota bomba cuba mengeluarkannya dari kenderaan itu," katanya.

Kata sumber itu lagi, seorang doktor yang melalui kawasan itu membantu wanita berkenaan dengan memberi khidmat rawatan kecemasan kepadanya sebelum ambulans tiba.

Wanita berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapat rawatan lanjut pada pukul 1 petang.

Artikel Berikut

Rara Hadir Beri Keterangan

Artikel Lain