suria

Lelaki Didenda RM2,500 Tawar Khidmat Seks Kepada Polis

KUALA LUMPUR: Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada tiga anggota polis, seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan Loong Kok Choy, 42, dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Loong, yang bekerja sebagai pengantara perkhidmatan seks, mengaku bersalah terhadap tuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada tiga anggota polis dari Balai Polis Chow Kit di sebuah pusat spa kesihatan di Hotel Grand Continental, Jalan Raja Laut di sini pada 4 petang, 6 Ogos lepas.

Dia memberitahu anggota polis berkenaan bahawa 'bayaran buat selepas perkhidmatan seks' ketika menawarkan perkhidmatan itu.

Loong didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, atau denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, Loong yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman denda paling ringan atas alasan dia menanggung seorang anak yang masih bersekolah dan menguruskan ibunya yang sakit tua.

"Saya perlu bawa ibu ke hospital bagi mendapatkan rawatan, dan hanya saya seorang yang meguruskan keluarga kerana isteri saya seorang warga Thailand dan tidak fasih bertutur Bahasa Malaysia," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh atas alasan kekerapan jenayah itu berlaku selain kepentingan awam melebihi kepentingan individu.


khidmat seks, polis

Artikel Sebelum

Rara Hadir Beri Keterangan

Artikel Lain