suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beberapa Pemimpin PAS Melaka Didakwa Bakal Sertai GHB

MELAKA: Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka mendakwa beberapa pemimpin PAS di negeri ini bakal menyertai gerakan itu, kata Koordinatornya Adli Zahari.

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka berkata, antara pemimpin yang bakal menyertai GHB itu ialah dirinya sendiri dan seorang lagi bekas pesuruhjaya PAS di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya pemimpin PAS yang terlibat akan mengumumkan hasrat mereka menyertai GHB kepada umum pada 'program jelajah' yang dianjurkan gerakan itu pada Jumaat ini di sini.

"Program tersebut akan turut disertai beberapa pemimpin parti politik pembangkang daripada DAP dan PKR serta pemimpin NGO (badan bukan kerajaan)," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka.

Ditanya tentang tindakan oleh PAS pusat terhadap anggota PAS Melaka yang menyertai GHB, Adli berkata, setakat ini tiada isu pemecatan dalam kalangan pemimpin atau anggota PAS di negeri ini kerana menyertai gerakan itu.

"Ia terpulang kepada kepimpinan PAS untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya (sekiranya menyertai GHB)," katanya.--Bernama


GHB, Melaka, PAS

Artikel Lain